KUCHING: Pada hari ini 1,492 jumlah permohonan pergerakan antara daerah diterima oleh 28 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh Sarawak menjadikan jumlah kumulatif 64,004.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)  dalam satu kenyataan berkata daripada 64,004 jumlah keseluruhan permohonan pergerakan antara daerah diterima, 58,618 diluluskan, 5,386 ditolak.

“Pasukan pemantau telah memantau 1,853 lokasi iaitu pasar raya(352), restoran (384), kilang (23), bank (206), pejabat kerajaan (79), penjaja (38), pasar tani/awam (118), tempat ibadat (133), tempat riadah (56), tapak pembinaan (16) dan lain-lain (448),” tambah JPBNS

Jumlah kes baharu Covid-19 direkodkan di Sarawak hari ini ialah empat menjadikan keseluruhan kes 549.

Terdapat 17 kematian direkodkan sejak  Covid-019 dikesan di negeri ini pada 13 Mac lalu.