Sejak Covid-19 mulai dikesan di Wuhan, China pada Disember lalu, sehingga pagi ini sudah 343,608 meninggal dunia.

Jumlah yang dijangkiti di seluruh dunia menurut Worldometers  adalah hampir 5.4 juta.

Amerika Syarikat yang bergelut dengan virus itu terus berada di tangga teratas dari segi jumlah jangkitan dan kematian.

Jumlah yang dijangkiti ialah 1.6 juta manakala yang maut ialah 98,683.

AS dalam waktu singkat dijangka menyaksikan 100,000 kes kematian.

United Kingdom pula menyaksikan 36,675 kematian dengan 257,154 dijangkiti.

Menyusul UK ialah Itali dengan 32,735 kematian dan 229,327 kes jangkitan.

Di belakang negara itu dari segi kematian ialah  Sepanyol dengan 28,678 kes.

Perancis mencatatkan 28,332 kematian.

Brazil kini menyaksikan 22,013 kematian dengan jumlah kes jangkitan kedua tertinggi di dunia, iaitu 347,398 kes.