CHINA: Seorang wanita yang putus cinta dengan kekasihnya menzahirkan perasaan marahnya dengan menghantar ribuan kilo bawang merah ke rumah bekas kekasihnya.

Tujuannya membuat lelaki tersebut menangis seperti dirinya. Wanita bernama Zhao itu dikatakan kecewa selepas teman lelakinya mengambil keputusan berpisah dengannya.

Mereka berdua bercinta setahun, namun teman lelakinya curang kepadanya. Gara-gara marah dengan bekas teman lelakinya itu, Zhao membeli 1,000 kilogram bawang merah dan menghantar ke rumahnya

Dia juga mengarahkan agar semua bawang itu diletakkan di depan pintu rumah tanpa diketahui bekas teman lelakinya.

Bersama-sama bawang itu Zhao turut menulis nota berbunyi: “Saya sudah menangis selama tiga hari berturut-turut, sekarang giliran anda.”

Bekas teman lelakinya memberitahu dia mengambil keputusan berpisah dengan Zhao kerana sikapnya yang agak “keterlaluan”.

Menurutnya, Zhao bersikap terlalu dramatik dan memberitahu semua orang saya tidak menangis sekali pun selepas mereka berpisah.

“Adakah kerana saya tidak menangis, maka saya dianggap seorang yang jahat?” katanya.

Sama ada teman lelakinya menangis angkara bawang itu tidak dapat dipastikan, namun orang yang terkena tempias akibat tindakan Zhao ialah jiran bekas teman lelakinya.

Menurut mereka seluruh kejiranan mereka terhidu bau bawang gara-gara perbuatannya.