LOS ANGELES: Segelintir banduan di sebuah penjara di Los Angeles mahu dibebaskan awal dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai hasrat tersebut.

Menurut Sherriff Los Angeles, sekumpulan banduan cuba untuk dijangkiti virus korona dengan harapan mereka dapat keluar dari penjara tersebut.

Sekitar dua dozen banduan dikatakan minum dari satu cawan dan mereka turut berkongsi topeng muka beramai-ramai.

Sheriff Alex Villanueva memberitahu banduan ini percaya jika mereka didapati positif Covid-19, pihak penjara tiada pilihan selain mengeluarkan mereka dari penjara itu, namun ia tidak berlaku.

Insiden ini berlaku di Pusat Tahanan Pitchess, Castaic, California.

Tindakan mereka minum air panas sebelum suhu mereka di periksa dirakam CCTV penjara itu.

Seminggu selepas itu terdapat peningkatan 60 peratus kes Covid-19 dalam kalangan banduan di penjara tersebut menyebabkan timbul perasaan syak pihak pengurusan.

Setelah disiasat lanjut dan apabila CCTV diperiksa rupa-rupanya mereka berpakat minum air panas sebelum pemeriksaan kesihatan dijalankan.

Menurut Villanueva, tindakan pentingkan diri mereka membahayakan banduan lain yang tidak mahu dijangkiti virus ini selain membahayakan kakitangan penjara.