SARATOK: Dua orang patah kaki,tiga cedera dalam satu kemalangan yang membabitkan
lori pengangkut barang makanan mentah yang bertembung dengan sebuah lori membawa muatan barang pembinaan banggunan di sini pagi tadi.

Kemalangan berlaku di kawasan Bukit Perabun Jalan Raya Saratok-Pusa kira-kira jam 9.15 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok, PPgB Nazry Mohamat berkata pihak Balai Bomba dan Penyelemat (BBP) Sararok menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian berkenaan jam 9.23 pagi.

“Saya sendiri selaku Komander Operasi, manakala Ketua Opersai ialah PBK II ( TBK ) Mohd Nordin Bin Suhaili.

“Lori pengangkut barang makanan mentah sedang menghala dari Betong ke Saratok manakala lori membawa muatan barang pembinaan banggunan datang dari arah Sibu ke Betong.

“Pasukan tindakan kecemasan membuat ‘Size Up’ dan seterusnya memberikan rawatan awal kepada mangsa kemalangan dengan memasang ‘C-collar’ kepada pemandu yang tersepit. Kami menggunakan ‘Rescue Tool’ untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mangsa pertama Kelvin berjaya dikeluarkan pada jam 10.04 minit manakala mangsa kedua dikeluarkan pada jam 10.12 minit. Mangsa diserahkan kepada pihak Hospital Saratok untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Sebaik selesai kerja – kerja penyelamatan ,kerja pembersihkan jalan dilakukan sebelum pasukan tindakan kecemasan bertolak balik ke balai,”ujarnya.

Mangsa yang cedera dikenal pasti sebagai Wong Kiong Sing berumur 58 tahun dan mengalami patah kaki kiri. Kelvin Anak Umpuh berumur 31 tahun mengalami patah kaki kanan dan cedera di bahagian belakang leher.

Sementara itu tiga lain hanya mengalami cedera ringan. Mereka ialah Talep Anak Saga, 46 tahun, Sallang Anak David ,32 tahun, dan  Franklin Anak Giang,34 tahun.