BEKENU: Penantian penduduk di sekitar kawasan Sibuti mengenai siapnya Balai Bomba Batu Niah kini berakhir apabila mula beroperasi pada 1 Jun 2020.

Majlis penyerahan telah dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang diwakili Jurutera Residen Ellanovennus Egi Johnson dan Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba 1 Law Poh Kiong.

Penduduk di Pekan Bekenu berpuas hati dengan tindakan kerajaan yang merealisasikan harapan penduduk khususnya dari warga Batu Niah kerana telah menunggu lebih dari 30 tahun untuk mendapat perkhidmatan Bomba dan penyelamat di kawasan mereka.

Dengan adanya Balai Bomba itu, ianya mampu mengurangkan kerugian yang besar berlaku atas mangsa.

Mereka turut berpendapat sekiranya berlakunya kebakaran di sekitar kawasan Sibuti, mereka tidak lagi hanya tunggu penyelamat dari Balai Bomba Miri untuk memadam api disebabkan lokasi yang jauh dan seterusnya mengambil masa perjalanan yang panjang untuk sampai ke tempat kejadian.