KUCHING: Seperti Hari Raya Aidilfitri, Gawai Dayak tahun ini juga akan disambut sehari sahaja.

Justeru, kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) menasihati masyarakat Dayak di Sarawak agar mematuhi garis panduan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Presidennya Tan Sri William Mawan Ikom berkata, SDNU bersetuju dengan syarat yang dikeluarkan JPBN dengan mengehadkan kunjungan Hari Gawai kepada ahli keluarga sahaja, dan tidak boleh melebihi 20 orang.

Hari Gawai diraikan oleh masyarakat Dayak di negeri ini pada 1 Jun setiap tahun.

“Kita turut memahami terdapat individu yang ingin pulang ke kampung meraikan Hari Gawai bersama-sama keluarga tetapi perjalanan rentas daerah adalah dilarang di Sarawak, kecuali mendapat kebenaran pihak polis,” katanya.