KUCHING: Tujuh puluh peratus daripada keganasan rumah tangga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah disebabkan salah guna dadah.

Menurut  Menteri Muda Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah, terdapat 104 kes pada Jan tahun ini, 80 kes pada Feb, 60 kes pada Mac dan 66 kes pada April.

PKP mulai dikuatkuasakan pada 18 Mac dan dijangka berakhir 9 Jun depan sebagai langkah membendung penularan Covid-19.

“Terdapat peningkatan kes keganasan rumah tangga di negeri ini berbanding tahun lalu,” jelas beliau.

“Puncanya mungkin PKP,” katanya di sini, semalam.

Justeru, kata beliau, ada keperluan untuk NGO membantu kementeriannya dalam hal berkaitan kesihatan mental, keganasan rumah tangga, selain penyalahgunaan dadah.