KUCHING: Datuk Patinggi Abang Johari  Tun Openg berkata dengan penguatkuasaan yang ketat dan kerjasama erat daripada seluruh rakyat, usaha kerajaan mengekang Covid-19 nampak berhasil setakat ini. 

Setakat hari ini, terdapat 545 kes jangkitan dengan 17 kes kematian direkodkan di Sarawak.

Bagaimanapun, menurut Ketua Menteri,  beliau menyeru kepada semua supaya tidak alpa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini terutama dalam musim perayaan ini bagi mengekang gelombang kedua wabak Covid-19.

PKP bersyarat dijangka akan berakhir pada 9 Jun bertujuan untuk mengekang penularan Covid-19.

“Bulan puasa telah kita lalui tanpa kemeriahan bazar Ramadan, tanpa solat berjemaah dan terawih dan sebagainya di masjid atau surau. dalam perutusannya sempena Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2020 esok, diraikan selepas umat Islam menjalani puasa pada bulan Ramadan. 

“Namun, kita berjaya mengharungi semua cabaran ini dan di sebalik semua cabaran ini kita diberi peluang dan ruang untuk sentiasa berada dekat dengan ahli keluarga dalam pelbagai aktiviti kekeluargaan,” katanya lagi. 

“Suasana Hari Raya kali ini juga amat berlainan sekali dengan apa yang telah menjadi amalan kita sebagai umat Islam kerana kita perlu mematuhi SOP dan protokol semasa perayaan dalam tempoh PKPB ini,” katanya.