BHARATPUR: Seorang lelaki mencuri basikal dari rumah Sahab Singh di Kampung Rarah di daerah Bharatpur.

Lelaki itu meninggalkan sekeping surat meminta maaf atas perbuatannya.

Singh menemui surat itu dan melupakan niatnya melaporkan kecurian itu kepada polis.

Surat itu berbunyi: “Saya pekerja migran dan sangat miskin. Saya minta maaf mengambil basikal anda”

“Mohon maaf, saya tidak tahu lagi bagaimana dapat pulang kampung. Saya mempunyai anak OKU,” bunyi surat itu.

Memetik Hindustan Times, lelaki itu terpaksa menempuh perjalanan sejauh 250 kilometer dari Rajasthan ke Uttar Pradesh bersama-sama anak lelakinya.

Surat itu dimuat naik ke Twitter dengan netizen mengecam kerajaan kerana didakwa gagal mengatasi masalah kemiskinan.

Ada yang berpendapat semasa penguncian akibat Covid-19, kerajan sepatutnya menyediakan pengangkutan untuk mereka yang memerlukan.

Ramai yang terkesan akibat pandemik tidak mempunyai wang sehingga tidak dapat makan.