NORTH CAROLINA: Aneh, ramai warga sengaja berpesta agar dijangkiti Covid-19 agar apabila sembuh nanti, mereka memiliki “herd immunity” kebal serangan semula virus tersebut.

Jururawat Yolanda Ernich dari North Carolina, AS memberitahu NBC pada Rabu, dia merawat ramai pesakit positif Covid-19 yang mendapat jangkitan hasil berhibur pada pesta seumpama itu.

Ernich berkata, pesakit muda mengaku kepada staf kesihatan mereka mahu dijangkiti agar memiliki antibodi sehingga tidak lagi perlu melakukan tindakan pencegahan semasa berada di tempat awam.

Ernich berkata, pegangan mendapatkan herd immunity berbahaya kerana golongan ini dapat menyebarkan virus di sekitar masyarakat yang rentan dan mampu memberi masalah kesihatan serius.

Gabenor Roy Cooper melihat kelompok ini sebagai dungu dan tidak waras kerana tindakan mereka mudah membunuh seseorang yang dicintai.

Soumya Swaminathan pengkaji WHO berkata mencari herd immunity bererti meningkatkan kematian yang tinggi.

Namun, pakar belum memastikan adakah antibodi virus korona benar-benar memberikan kekebalan kepada individu yang sembuh.