Dua kajian terhadap monyet berkaitan imuniti, mampu memberi sinar harapan buat manusia.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal, memeriksa vaksin prototaip dan melihat sejauh mana pesakit sembuh, kebal terhadap jangkitan kali kedua virus korona.

Kajian pada monyet melihat adakah imuniti pada haiwan ini terhasil daripada jangkitan virus secara semula jadi atau kebal disebabkan suntikan vaksin.

Pengarah Pusat Virologi Dan Barouch di Boston berkata, dunia berebut mengembangkan vaksin, tetapi sangat sedikit diketahui tentang kekebalan imuniti semula jadi selepas serangan Covid-19.

Kajian tersebut mendapati bahawa vaksin protaip di dalam sembilan monyet dewasa melindungi dirinya daripada paparan Covid-19 seterusnya.

Monyet tersebut dikatakan mengembangkan gejala Covid-19 tetapi menciptakan antibodi pelindung dan pulih selepas beberapa hari.

Namun, kajian ini mengingatkan akan perbezaan monyet dengan manusia.

Kajian lain pula melibatkan 35 monyet dewasa dengan vaksin DNA yang dirancang untuk menghasilkan antibodi pelindung pimpinan Jingyou Yu.

Penemuan kajian mendapati monyet ini terpapar virus korona enam minggu dan didapati mengembangkan kadar antibodi di dalam darah yang cukup untuk meneutralkan virus.