CAMBRIDGE: Wanita Kanada dinyatakan positif Covid-19 untuk kali kelapan.

Tracy Schofield dari Cambridge, Ontario, dijangkiti Covid-19 pada 30 Mac dan disahkan positif buat pertama kali pada 31 Mac

Sejak itu, Tracy menjalani tujuh ujian lagi hasil salah satunya negatif. Namun ujian kali kesembilan mendapati dia positif semula menghidap Covid-19.

Selama dua minggu Schofield melakukan kuarantin di bilik di rumah tempat anak lelakinya tinggal.

Dia meghidap demam sehingga bacaan suhu badan mencapai 40 darjah Celsius, dan hilang deria bau dan sesak nafas.

Selepas hasil ujian positif tujuh kali, ujian kelapan menunjukkan Tracy negatif jangkitan.

Bagaimanapun menurut WHO, seorang pesakit harus diuji negatif dua kali berturut-turut sebelum dapat dinyatakan benar-benar pulih.

Malangnya, ujian kesembilan mendapati Tracy positif virus tersebut.

Pegawai kesihatan mengakui terdapat keputusan ujian tidak tepat disebabkan
beberapa kit ujian tidak berkualiti atau gagal dengan mengesan jangkitan Covid-19.

Kini, Tracy bersedia untuk ujian kali ke-10.