SINGAPURA: Seseorang perlu mempunyai alasan kukuh untuk keluar rumah ketika PKP dilaksanakan.

Kalau tidak, pihak berkuasa di sini akan menangkap dan menghukum mereka ketika PKP dikuatkuasakan.

Mencuri seluar dalam wanita bukan aktiviti penting. Tetapi tidak demikian bagi seorang lelaki yang ketagih dengan pakaian dalam wanita di sini.

Lelaki itu sanggup menceroboh halaman rumah orang lain hanya untuk mencuri seluar dalam apabila keinginan seksnya membara.

Di sebuah rumah, dia telah mencuri 10 coli dan lapan seluar dalam wanita dalam empat kejadian berasingan dari Nov 2018 hingga Mac 2019.

Seorang mangsa wanita berkata,  dia kehilangan 24 seluar dalam dengan nilai sekitar RM3,900. Namun, tidak ada seorang pun wanita yang seluar dalam mereka dicuri mahu mendapatkan balik seluar berkenaan kerana dipercayai sudah dipakai lelaki itu.

Media di sini melaporkan seorang pencuri bersiri seluar dalam wanita mengaku keluar ketika PKP dilaksanakan untuk mencuri seluar dalam wanita di belakang sebuah rumah.

Lelaki itu telah mencuri sekurang-kurangnya 30 kali sejak 2018 dan pihak polis menjumpai lebih daripada 100 coli ketika memeriksa rumahnya tahun lalu.

Pada bulan lalu sekali lagi dia dilaporkan melakukan perbuatan yang sama, tetapi nasibnya malang, kerana dia ditangkap oleh pemilik rumah.

Lelaki  berusia 39 tahun itu, kata akhbar dan media di sini, memakai coli dan seluar dalam wanita untuk kepuasan seksnya.

Dia dikatakan akan memilih coli dan seluar dalam berdasarkan rupa dan bentuknya.

Pada Isnin, dalam mahkamah lelaki itu mengakui melanggar PKP dengan keluar dari rumahnya tanpa alasan bagus dan tanpa memakai pelitup muka.

Pakar menyatakan lelaki yang gian atau suka pakaian dalam wanita akan sama ada memakainy atau mencium seluar dalam untuk kepuasan seks.