KABONG: Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) Daerah Saratok menyerahkan sumbangan Bubur Lambuk Ramadan kepada para petugas barisan hadapan (frontliners) yang terdiri daripada petugas di Klinik Kesihatan Kabong, anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Ikatan Relawan Malaysia (Rela) di sini semalam.

Penyerahan dilakukan di pekarangan Klinik Kesihatan Kabong dan disempurnakan oleh Pegawai Penerangan Daerah Saratok, Florence Sebastian Unting.

Pada majlis berkenaan sebanyak 100 paket untuk ‘frontliners’ manakala 200 paket bubur lambuk lagi diserahkan kepada penduduk Kampung Wawasan Kabong.

Florence meberitahu sumbangan berkenaan adalah sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga mereka yang terlibat dalam melawan Covid-19.

“Kita amat menghargai pengorbanan mereka sepanjang berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga sekarang kepada PKPB dalam usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang ini.

“Tahniah dan terima kasih kepada Dr. Siti Sarah binti Azam,Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kabong, Sarjan Mejar, Lidam Anak Unting, Ketua Balai Polis Daerah Kabong,
En. Laksamana Bin Bakar Ketua RELA Daerah Kabong dan  KK Selamat bin Inchi, Ketua Kampung Wawasan Kabong kerana dapat meluangkan masa hadir sebagai wakil menerima agihan bubur lambuk daripada kami.

“Semoga kita terus dihindari daripada wabak Covid-19.Untuk itu kita perlu terus menjaga kebersihan,patuh kepada arahan PKPB dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan dengan mempraktikkan penjarakan sosial dan memakai penutup muka dan hidung demi keselamatan diri,keluarga dan masyarakat keseluruhan amnya,”ujarnya.