BETONG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terus melakukan usaha memerangi wabak Covid-19 dengan terbaharu melakukan sanitasi di kawasan Gereja Saint Augustine Betong semalam.

Operasi dilakukan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong bermula jam 2.15 petang dan berakhir jam 2.50 petang. Sanitasi melibatkan kawasan berkeluasan 53.5 meter panjang dan 53.5 meter lebar.

Seramai 9 sembilan anggota BBP Betong terlibat dengan diketuai oleh PBK I, Henry Anak Jugah.

“Anggota lain yang turut menjayakan operasi ialah PBK II (KUP), Judi Ak Numpang,
PBK II (KUP) Steven Dudley Ak. Dasu,PBK II (KUP), Kassim Anak Lunchat,PBK II (KUP) Mokhtar Bin Kadren,PBK II (KUP), Prangka Anak Kudang,PBK II (KUP), Mohamad Hassim Bin Borhan, PB Bakas Anak Lidam dan PB Moses Anakk Kalie.

“Turut sama semasa operasi adalah Ahli Jawatankuasa Gereja St. Augustine seramai enam orang.

“Taklimat keselamatan dan agihan tugas dibuat sebelum kerja sanitasi awam dibuat. Tumpuan sanitasi awam yang dijalankan adalah di kawasan dalam ruang gereja, ruang pejabat dan kawasan pejalan kaki serta kawasan yang berpotensi dan mudah dipegang oleh orang awam”ujarnya.