KUCHING: DBKU menawarkan diskaun 25 peratus bagi cukai taksiran berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Keputusan itu dibuat sejajar dengan pengumuman Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang bagi meringankan beban  kewangan rakyat susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac lalu disebabkan ancaman pandemkik Covid-19.

Menurut DBKU dalam satu kenyataannya menjelaskan, antara kategori pegangan yang layak menerima diskaun berkenaan termasuk pegangan kediaman, komersial, industri, pegangan khas dan tanah kosong.

Pemberian diskaun ini hanya sah sehingga 31 Disember 2020.

Bagi tarikh akhir pembayaran untuk tempoh pertama 2020, ia akan dilanjutkan sehingga 31 Oktober 2020.

Manakala bagi mereka yang telah melunaskan pembayaran ke atas bil cukai taksiran untuk tempoh pertama 2020, lebihan bayaran akan dikreditkan ke atas bil cukai taksiran tempoh kedua tahun sama.

“Sekiranya pembayaran penuh telah dilakukan terhadap bil cukai taksiran tahun 2020, lebihan bayaran tersebut akan dikreditkan ke atas bil cukai taksiran bagi tahun depan.