Friday, October 7, 2022

Angka jangkitan, kematian angkara virus maut terus menakutkan

Secara Rawak

ANGKA korban akibat Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melepasi angka 324,500 manakala jumlah yang dijangkiti hampir lima juta.

Menurut statistik Worldometers, tiga negara merekodkan angka kematian melebihi 30,000

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara yang mencatatkan kematian tertinggi dengan 93,533 kes.

United Kingdom (UK) dan Itali masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan lebih 35,341 dan 32,169 kes.

Negara keempat dan kelima catat kematian tertinggi ialah Perancis dan Sepanyol dengan masing-masing merekodkan 28,022 dan 27,778 kes.

Manakala, Brazil yang mencatatkan peningkatan kes mendadak sejak beberapa hari lalu, merekodkan hampir 18,000 kes kematian.

Negara lain merekodkan angka maut Covid-19 bawah 10,000 kes.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru