Friday, December 2, 2022

Perkhidmatan bank bergerak diperkenalkan ke lebih banyak kawasan di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Perkhidmatan  bank bergerak akan disediakan di setiap kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan kewangan.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, perkhidmatan itu bagi memudahkan penduduk di kawasan terbabit mendapatkan Bantuan Prihatin Nasional dan Sarawakku Sayang.

“Ketua Menteri telah meluluskan peruntukan untuk membolehkan bank-bank yang bersedia bekerjasama bagi melaksanakan bank bergerak,” jelasnya dalam sidang media di sini, semalam. 

Sebelum ini, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan bahawa cawangan bank bergerak yang dilengkapi dengan Mesin ATM MEPS akan beroperasi di luar bandar Sarawak.

Ini, kata Ketua Menteri,  adalah untuk mengatasi masalah penduduk luar bandar mengeluarkan wang tunai daripada bantuan kewangan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Sebagai permulaan, kaunter bergerak BSN akan beroperasi di Pakan, Sarikei pada 10 hingga 11 Mei 2020 dan perkhidmatan ini akan diperluaskan lagi ke kawasan lain di luar bandar Sarawak,”  katanya.

Kata Ketua Menteri,  beliau telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia, Bank Simpanan Nasional dan beberapa institusi kewangan lain bagi menyediakan perkhidmatan perbankan mereka ke kawasan luar bandar. 

“Saya ingin memaklumkan bahawa Perkhidmatan Cawangan Bank Bergerak yang dilengkapi dengan Mesin ATM MEPS akan beroperasi di luar bandar Sarawak,” katanya.

Pelbagai pihak di negeri ini telah menggesa agar bank bergerak berkenaan diperkenalkan bagi memudahkan penduduk di luar bandar membuat urusan perbankan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru