Jumlah yang dijangkiti Covid-19 terus meningkat ketika dunia terus bergelut untuk mencari vaksin penawar untuk virus pembunuh itu.

Angka terkini menurut Worldometers ialah 4,887,929  orang dijangkiti di seluruh dunia.

Amerika Syarikat (AS)  berada di tangga teratas bukan sahaja dari segi kematian, tetapi juga jumlah kes, iaitu 1,550,105.

Lima buah negara mencatatkan jumlah kes melebihi 200,000 dengan Rusia mengekori di belakang AS, iaitu 290,678 kes.

Berada di tangga ketiga dan keempat masing-masingnya ialah Sepanyol dan Brazil dengan 278,188 dan 255,368 kes.

Dua lagi negara dalam senarai lebih 200,000 ialah United Kingdom dengan 246,406 dan Itali dengan 225,886 kes.

Tiga lagi negara menyaksikan lebih 150,000 kes, iaitu Perancis, Jerman dan Turki.