PORTUGAL: Sebuah rumah jagaan orang tua menggunakan kren membolehkan sanak-saudara berjumpa penghuni rumah jagaan itu.

Di Potugal dan negara Eropah lain pandemik Covid-19 banyak meragut nyawa golongan tua terutama penghuni rumah jagaan warga tua.

Berikutan itu bagi memastikan penghuni mereka dapat terus berhubung dengan sanak-saudara, pihak pengurusan rumah jagaan ini memberi keizinan menggunakan kren bagi tujuan itu.

Pengarah rumah kebajikan itu Joaquim de Sousa, memberitahu dia mendapat idea menggunakan kren selepas membaca artikel ahli perniagaan dari Belgium menggunakan kren melawat ibunya semasa PKP di negara itu.

Menurutnya, pihaknya tidak sukar mencari syarikat yang mahu menyediakan perkhidmatan itu secara percuma.

Penghuni dan pelawat amat gembira dengan kaedah lawatan sebegini lebih-lebih lagi kerana ia dapat menghilangkan rasa sunyi penghuni di situ selain melepaskan rasa rindu masing-masing.