Monday, December 5, 2022

Buka keranda korban Covid-19: 15 penduduk terkena jangkitan

Secara Rawak

JAKARTA: Hanya kerana degil dan ingkar tidak mahu mengikut peraturan ditetapkan pihak berkuasa dalam pengurusan jenazah, 15 orang di sebuah kampung di sini dijangkiti Covid-19.

Ini berlaku selepas mereka membuka keranda mangsa yang meninggal dunia disebabkan koronavirus bagi tujuan mandi jenazah.

“Saudara-mara dan jiran tetangga si mati membuka bungkusan plastik yang menutup jenazah malah memandikannya. Ia tindakan yang tidak berhati-hati,” kata  ketua daerah Sidoarjo Nur Ahmad Syafudin seperti dipetik Jakarta Post, Ahad.

Jelas beliau, seorang penduduk kampung yang diuji positif Covid-19 meninggal dunia dua minggu lalu di hospital.

Jenazah, dibungkus di dalam plastik dan dimasukkan di dalam keranda, dihantar ke rumah atas permintaan sanak saudara.

“Mereka dan jiran tetangga melakukan urusan biasa pengebumian jenazah tanpa mengamalkan protokol Covid-19,” katanya.

Kejadian itu menyebabkan pasukan petugas di Sidoarjo melancarkan penjejakan kontak di kampung berkenaan.

“Pasukan petugas mengesahkan 15 kes terkena jangkitan virus dan menenaraikan belasan lagi yang lain sebagai pesakit di bawah pengawasan,” kata akhbar itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru