MUMBAI: Kabeer baru berusia 3 tahun namun hatinya amat mulia pada usia yang sebegitu muda itu.

Kisahnya menjadi tular di media sosial selepas dia menderma wang hasil usahanya kepada pihak polis Mumbai.

Kabeer yang ditemani ibu bapanya Karishma dan Keshav berkunjung ke balai polis Mumbai minggu lalu dan menyerahkan wang sumbangan bernilai Rs50,000 (RM2,873) yang diperolehnya hasil menjual kek cawannya.

Kisahnya dikongsi oleh polis Mumbai di media sosial sekali gus mencairkan hati orang ramai membacanya.

Menurut polis Mumbai, pada mulanya Kabeer berharap dapat mengumpul Rs10,000 (RM574) dengan menjual kek cawannya namun sasarannya mencecah Rs50,000.

Selain membawa cek Rs50,000 itu, Kabeer turut membawa sekotak kek cawannya untuk diberikan kepada anggota polis.

Kedatangannya disambut sendiri oleh Komisioner Polis Mumbai, Param Bir Singh.