ANGKA korban akibat Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat dalam tempoh 24 jam dengan jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini  319,961 kes.

Jumlah yang dijangkiti pula ialah 4.8 juta orang sejak virus itu dikesan di Wuhan, China pada Disember lalu.

Menurut statistik dari Worldometers setakat pagi ini, tiga negara kini melepasi angka 30,000.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara merekodkan kematian tertinggi dengan 91,977 kematian.

United Kingdom dan Itali berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan lebih 34,796 dan 32,007 kes.

Manakala negara keempat dan kelima ialah Perancis dan Sepanyol dengan masing-masing menyaksikan 28,239 dan 27,709 kes.

Negara lain merekodkan angka maut Covid-19  melebihi 15,000 ialah Brazil dengan 16,853 kes.