WASHINGTON: Ketika seluruh dunia berhadapan pandemik Covid-19, golongan paling terkesan ialah warga tua terutama yang sudah biasa bersama cucu mereka.

Apabila sudah lama tidak berjumpa, perkara pertama yang hendak dilakukan ialah memeluk cucu bagi melepas rindu.

Namun perkara itu tidak boleh dilakukan kerana bimbang akan virus korona.

Berikutan itu seorang suri rumah memikirkan satu idea yang dapat membolehkan ibunya memeluk anak-anaknya dengan selamat dan tanpa had.

Wanita tersebut merakam video ibunya memeluk cucu-cucunya dan mengkongsikannya di akaun TikTok.

Menurut Lauren Doris dia menyiapkan plastik dan sarung tangan membolehkan ibu bapa dan anak-anaknya memeluk satu sama lain.

Video tersebut mendapat reaksi positif dari orang ramai dan mereka memuji ideanya yang disifatkan sebagai amat memberangsangkan.

Rata-rata mereka terharu dan ada yang menangis kerana terlalu rindu akan keluarga masing-masing.