Saturday, October 8, 2022

1,154 petugas barisan hadapan dari pelbagai agensi di Miri terima Sumbangsih Raya-Gawai 2020

Secara Rawak

MIRI: Pada tahun ini, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak melalui Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak telah mengkhaskan Sumbangsih Raya-Gawai 2020 dikhaskan kepada Petugas Barisan Hadapan COVID-19.

Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Datuk Lee Kim Shin berkata pengagihan kuih tersebut dibuat melalui Residen Bahagian Miri mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum Hari Raya Aidilfitri.

“Sumbangan ini adalah sebagai tanda penghargaan Kerajaan Sarawak kepada pengorbanan pasukan barisan hadapan yang berkhidmat sepanjang tempoh PKPB ini,” katanya dalam kenyataan media selepas menyaksikan Pengagihan Kuih Sumbangsih Raya-Gawai 2020 kepada Petugas Barisan Hadapan COVID-19 Bahagian Miri pada Isnin.

Sumbangan tersebut telah disampaikan Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz bin Mohd Yusuf kepada ketua-ketua jabatan dan agensi barisan hadapan.

Seramai 1,154 petugas daripada 14 agensi yang telah disenaraikan menerima Sumbangsih Raya-Gawai 2020 melalui wakil masing-masing.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru