ANGKA korban akibat Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat sebanyak lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu setakat pagi ini ialah 316,658 kes.

Menurut statistik Worldometers, tiga negara kini melepasi angka 30,000.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara yang merekodkan kematian tertinggi dengan 90,978 kes.

United Kingdom (UK) dan Itali berada pada kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan 34,636 dan 31,908 kes.

Manakala negara keempat dan kelima ialah Perancis dan Sepanyol dengan masing-masing merekodkan 28,108 dan 27,650 kes.

Brazil berada di tangga keenam dari segi jumlah mangsa dengan 16,118 kematian.

Negara lain merekodkan angka maut Covid-19 bawah 10,000 kes.