Thursday, May 19, 2022

Juanda: Penduduk kawasan pesisiran juga perlu pembangunan, termasuk jalan raya

Secara Rawak

1. Saya amat kecewa bila mendengar YBWSK dan PSB yang kebanyakannya mewakili kawasan luar bandar menentang STR yang merupakan cita cita lama penduduk luar bandar dan pesisir untuk melihat mereka terhubung dengan pantas ke kawasan bandar yang maju.

2. Adalah amat TIDAK BERHATI PERUT apabila WSK dan PSB berkata STR sebagai tidak sesuai dan membazir untuk dibina sedangkan keperluan utama untuk membangunkan luar bandar adalah dengan memastikan konektiviti berlaku agar aktiviti ekonomi dapat ditingkatkan untuk memasarkan produk pertanian dan perikanan ke bandar2 yang merupakan hasil utama kawasan pesisir.

3. Apakah WSK dan PSB suka melihat luar bandar terus mundur? Apakah beliau mahu semua kawasan pesisir terus tidak ada konektiviti dan tidak ada jalan raya dan kemudahan asas sama seperti kawasan DUN BAWANG ASSSAN yang diwakili beliau atau kawasan Selangau yang pernah diwakili oleh pemimpin PSB iaitu Datuk Joseph Entulu.

4. Kami tidak mahu kawasan pesisir kami mundur seperti kawasan mereka. Mereka berdua sudah lebih 30 tahun dalam politik, tapi apa sudah ada pembangunan di kawasan mereka itu terutama kawasan luar bandar bumiputera? Kami Orang bumiputera luar bandar juga mahukan pembangunan dan kemajuan.

5. Apakah WSK dan PSB cemburu melihat populariti YAB CM ABG JO yang semakin melonjak kerana dasar beliau yang PRO LUAR BANDAR dengan membawa pembangunan luar bandar besar besaran sebagai penerusan dasar TOK NAN?

6. Kesetiaan kawasan luar bandar pesisir kepada parti pemerintah selama ini memang sewajarnya dibalas dengan pembangunan besar besaran dalam semua perkara. Cukuplah membangunkan kawasan bandar sahaja. Pihak wakil rakyat kawasan bandar boleh duduk tenang kerana segala kemudahan di bandar telah lengkap. Berbeza dengan luar bandar yang sejak lebih setengah abad merdeka masih hauskan pembangunan.

7. Saya juga rasa pelik bila pemimpin PSB seperti Datuk Joseph Entulu seperti dipetik oleh Dayak Daily hari ini tidak tahu bahawa kerajaan Sarawak sedang secara besar besaran sedang membina jaringan kemudahan air, elektrik, internet, membaiki sekolah daif dan sebagainya. Mereka tak nampakkah batang batang paip air JBALB yang sedang dipasang, tiang tiang elektrik SEB tengah dipacak, banyak tower telekom sedang ditanam, pihak federal yang tunduk atas desakan Sarawak untuk membaiki sekolah daif juga sudah mula membuka tender dan menjalankan kontrak kerja. Kini pembinaan STR pula dia pertikai dan anggap tidak penting. Sudah sudahlah menunjukkan belang tidak mahu melihat luar bandar tanpa kemajuan.

8. Persoalannya kenapa PSB anti pembangunan kawasan luar bandar? Kenapa dianggap pembinaan jalan dan kemudahan luar bandar dianggap pembaziran? Pan Borneo dan Jalan Pesisir bukanlah sama seperti standard Lebuh Raya Utara Selatan di semenanjung, maka dengan terbinanya STR nanti sekurang kurangnya penduduk luar bandar memiliki banyak pilihan untuk melakukan perjalanan dan perjalanan akan lebih pantas dan kurang jammed.

9. Kawasan saya di DUN N44 JEMORENG sebagai contoh, tanpa wujudnya STR maka kami masih terpaksa buat u turn ke sibu atau selangau dan ini membuang wang minyak dan masa. Kerana itu jika STR dibina, kawasan kami juga akan mendapat limpahan pembangunan yang diharapkan selama ini.

10. Saya merayu pihak kerajaan Sarawak segera membina STR ini dan jangan melayan suara yang ANTI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR. Kita mahu kawasan luar bandar terhubung dengan mudah melalui pelbagai jalan ke kawasan bandar utama dan bandar lain seluruh Sarawak. Kami yang setiap minggu menggunakan Pan Borneo atau Jalan Pesisir tahu betapa peritnya bila pilihan jalan tidak banyak dan pembangunan jalan raya tidak diperbanyak dan dipercepatkan di Sarawak

DATO’ MURSHID DIRAJA DR JUANDA BIN JAYA
ADUN N44 JEMORENG SARAWAK

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru