Saturday, June 25, 2022

Jabatan Penerangan beri Bubur Lambuk, Tazkirah Ramadan di Kabong

Secara Rawak

KABONG: Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) Daerah Saratok melakukan Simbolik Penyerahan Bubur Lambuk Ramadan di Kampung Masjid Lama di sini semalam.

Penyerahan disempurnakan oleh Wakli JPM Daerah Saratok, Ainie Elah kepada Penghulu Haji Sani Bin Mohamad dan KK Mollyady Haji Sapali.

Program berkenaan dilaksana dengan kerjasama Jawatankuasa Kampung Masjid Lama, Kabong.

Sebelum simbolik penyerahan diadakan satu Tazkirah Ramadan oleh Ustaz Haji Ahmad Sukarno Saini dari Jabatan Agama Islam Sarawak dengan tajuk, ‘Bagaimana menyambut syawal dalam kesederhanaan’

Ceramah dikeudarakan untuk pendengaran umum melalui corong hebahan Jabatan Penerangan yang terdapat pada bahagian bumbung kenderaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru