JAKARTA: Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada 17,514 kes, dengan 59 lagi kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut data Worldometers setakat pagi ini, jumlah kematian akibat pandemik itu kini meningkat kepada 1,148 orang, sejak kematian pertama berlaku pada 11 Mac lepas.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari kelmarin sehingga 12 tengah hari, semalam, ia mencatat 489 kes baharu, manakala pesakit yang masih dalam pengawasan virus itu seramai 35,800 orang.

Wilayah Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 463 kes, diikuti Jawa Timur (194 kes), Jawa Barat (110), Jawa Tengah (70) dan selebihnya di wilayah lain Indonesia. 

Negara 270 juta jiwa itu mencatatkan jumlah kematian tertinggi di Asia Tenggara, diikuti Filipina dengan 824 kematian,

Manakala dari segi jumlah jumlah jangkitan, Singapura negara teratas di Asia Tenggara dengan 28,038 kes, tetapi hanya 22 kematian. Majoriti jangkitan berlaku dalam kalangan pekerja asing di asrama.