Sunday, January 23, 2022

Baru Bian ahli Bebas duduk di blok pembangkang

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Baru Bian  duduk di blok pembangkang sebagai ahli parlimen Bebas ketika Dewan rakyat bersidang hari ini.

Ahli Parlimen Selangau yang juga pengerusi PKR Sarawak sebelum ini telah keluar daripada parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau  dikaitkan dengan puak Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kini menyertai Bersatu. 

Kedudukan Baru yang juga Adun Ba’ Kelalan menjadi persoalan sebelum ini, tetapi beberapa minggu lalu terdapat desas-desus bshaswa beliau kemungkinan menyertai PSB pimpinan Datuk Seri Wong Soon Koh.

Seramai 107 ahli parlimen termasuk bekas Perdana Menteri Tan Sri Dr Mahathir Mohamad duduk di blok pembangkang.

Sidang sehari yang tiada menyaksikan sebarang perbahasan dan sesi soal jawab dikritik pembangkang kerana dianggap bertentangan dengan amalan demokrasi.

Tetapi bagi  pihak kerajaan, ia sebagai langkah berjaga-jaga di tengah-tengah negara berdepan ancaman Covid-19.

Mengikut cadangan tempat duduk Dewan Rakyat, menunjukkan 114 ahli parlimen duduk di blok kerajaan sekali gus membuktikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin mendapat majoriti.

Menjelang persidangan hari ini,  ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), PAS, Bersatu, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) mengeluarkan satu MoU yang dilihat pemerhati politik sebagai strategi memperkukuh kedudukan perikatan itu menjelang persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru