JAKARTA: Watak superhero Spiderman dan Superman termasuk watak adiwira tempatan Gatotkaca berteriak meminta warga di Sukoharjo, Jawa Tengah agar memakai pelitup muka, mencuci tangan dan sentiasa waspada.

Adiwira ini sempat beraksi menyembur disinfektan virus korona.

Reuters melaporkan, ketiga-tiga watak adiwira itu membahagikan pelitup muka, sanitizer dan rotan sambil menunjukkan cara penggunaannya termasuk cara menjaga keselamatan daripada jenayah kecurian.

Warga diminta menggunakan rotan tradisional bagi menghasilkan bunyi petanda bahaya apabilabwerlaku rompakan atau kecurian.

Indonesia negara Asia Tenggara mencatatkan kematian akibat Covid-19 iaitu 1,089 jiwa dan ranking kedua kadar positif jangkitan selepas Singapura iaitu lebih 17,000 kes.

Warga percaya watak adiwira akan menyebabkan anak-anak mudah mengikut arahan kesihatan yang diberikan serta mampu mengajar orang melindungi diri sendiri.

Di Makassar, Sulawesi sukarelawan lain berpakaian Deadpool, Black Panther dan lainnya mengangkat sepanduk bertulis “Stay Home” dan “Get Well Soon Earth” sambil berjalan menyampaikan mesej kesihatan kepada warga.