Klip video yang sedang viral di media sosial menunjukkan mayat di sebalik bingkai dari dalam keranda melambaikan tangan semasa dikebumikan.

Mirror pada Khamis melaporkan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Manado, Sulawesi Utara, Selasa lepas.

Kompas, bagaimanapun melaporkan setakat ini
lokasi kejadian tersebut masih belum dapat dipastikan tempatnya yang sebenar.

Kejadian mayat melambai tangan itu berlaku ketika individu merakam keranda putih dimasukkan ke liang lahad.

Ketika kamera difokuskan pada keranda, ternampak tangan dengan jari bergerak seperti melambai.

Bagaimanapun klip video tular itu menjadi perdebatan di media sosial. Ada yang mengatakan ia mungkin efek kamera atau faktor dekomposisi (pembusukan) mayat.

Ada juga yang berkata “mungkin itu tikus”!