GEORGETOWN: Ibu bayi yang dicampak dari tingkat empat sebuah flat di sini di sini kini direman selama tujuh hari sehingga 22 Mei ini, manakala teman lelakinya pula direman selama enam hari sehingga 20 Mei ini bagi membantu siasatan.

Kedua-dua suspek yang berusia 18 tahun direman bermula 15 Mei lalu di Lokap Berpusat Bayan Baru, Pulau Pinang.

Bayi perempuan yang mengalami kecederaan pada bahagian otak selepas dicampak ibunya dari tingkat empat Flat Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru, Georgetown Rabu lalu kini berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Derah Barat Daya, Suprintendan A A Anbalagan berkata, pihak hospital memaklumkan bayi berkenaan tidak perlu menjalani pembedahan berikutan kecederaan yang tidak serius.

“Bayi berada dalam keadaan stabil. Menurut doktor, kecederaan pada otak tidak perlu dibedah kerana kecederaan tidak teruk.” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad seperti dipetik Astro Awani.