Félicien Kabuga, salah seorang suspek paling dikehendaki dalam kes genosid Rwanda, telah ditangkap dekat Paris, menurut Kementerian Kehakiman Perancis.

Kabuga ditahan oleh polis di Asnières-Sur-Seine, tempat ia telah tinggal dengan identiti palsu.

“Pengadilan Kehakiman Antarabangsa untuk Rwanda telah mendakwa lelaki berusia 84 tahun itu dengan genosid dan kejahatan terhadap kemanusiaan,” menurut laporan BBC.

Hanya dalam 100 hari – dimulai pada 6 April 1994 – sekitar 800,000 orang dibunuh di Rwanda oleh kelompok ekstremis etnik Hutu. Mereka menjadikan kelompok minoriti Tutsi dan lawan politik dari etnis manapun sebagai sasaran.

Mereka menyasar anggota komuniti minoriti Tutsi, serta lawan politik mereka.
Sekitar 85 peratus daripada penduduk Rwanda ialah etnik Hutu dan sisanya Tutsi beserta kelompok etnik yang lebih kecil lainnya. Meski kaum minoriti, Tutsi telah lama dikenal banyak menduduki sektor kepemimpinan dan pemerintahan.

Tindakan pembunuhan hanya terhenti pada Julai 1994 ketika gerakan pemberontak Front Patriotik Rwanda (RPF) yang dipimpin etnik Tutsi masuk ke negara itu dari Uganda dan mengambil kendali pemerintahan.

“Amerika Syarikat menawarkan hadiah sebesar $5 juta untuk informasi yang mengarah pada penangkapan Kabuga,” katanya.