Angka korban akibat Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat sebanyak 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini ialah 312,392 kes.

Menurut statistik Worldometers setakat pagi ini, tiga negara kini melepasi angka 30,000.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara merekodkan kematian tertinggi dengan  mencecah hampir 89,000 kes.

United Kingdom dan Itali berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan 34,466 dan 31,763 kes.

Negara di kedudukan keempat dan kelima pula ialah Perancis dan Sepanyol dengan masing-masing merekodkan 27,625 dan 27,563 kes.

Negara lain merekodkan angka maut Covid-19 bawah 14,000 kes.

Sementara itu, data Worldometers pagi ini menunjukkan pertambahan  lebih100,000 kes positif Covid-19 di seluruh dunia, menjadikan jumlah keseluruhan kini melepasi 4.7 juta.

Enam negara kini mencatatkan kes positif melebihi 200,000; terbaharu, Brazil mencatatkan peningkatan mendadak dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1.5 juta dengan kumulatif 4,717,080 kes.

Lima negara lain yang mempunyai kes positif melebihi 200,000 ialah Rusia, United Kingdom, Sepanyol dan Itali.

Setakat ini, 188 buah negara dijangkiti  pandemik tersebut.