WASHINGTON: Kumpulan peretas REvil mendakwa memiliki data aib milik Presiden AS Donald Trump yang disebut sebagai berjumlah “1 tan cucian kotor”.

Kumpulan hacker berkenaan menuntut tebusan AS$42 juta (RM182 juta) bagi data tersebut yang dinaikkan daripada tebusan asal bernilai AS$21 juta (RM91.4 juta).

Tuntutan tersebut dihebahkan di laman sesawang gelap mereka yang dipantau Vice News.

Ancaman peretas itu menyebut: “Ada pilihan raya yang akan berlangsung, dan kami menjumpai satu tan ‘cucian kotor’ tepat pada waktunya.”