Jumlah kematian angkara Covid-19 kini sudah mencecah 308,109 manakala jumlah keseluruhan yang dijangkiti di seluruh dunia ialah 4,619,489 orang setakat pagi ini.

Menurut Worldometers, Amerika Syarikat kekal berada di tangga teratas.

Negara Uncle Sam pimpinan Donald Trump itu merekodkan 88,471 kematian dan 1.4 juta dijangkiti virus maut itu.

Ini disusuli United Kingdom dengan 33,998 kematian dengan 236,711 sudah dijangkiti.

Berada di tangga ketiga dari segi kematian ialah Itali dengan 31,610 kematian manakala yang dijangkiti ialah 223,885 orang.

Seterusnya ialah Perancis dengan 27,529 kematian dan 179,699 dijangkiti.

Ini disusuli Sepanyol dengan 27,459 kematian. Jumlah yang dijangkiti di negara itu ialah kedua tertinggi di dunia, iaitu 274,367 orang.