UTTAR PRADESH: Seorang ibu menerima kejutan selepas anaknya yang diminta keluar membeli barangan keperluan dapur tiba-tiba pulang membawa isteri.

Si ibu memberitahu dia terkejut dengan kejadian itu dan masih tidak dapat menerima kehadiran isteri anaknya.

Anaknya Guddu dikatakan berkahwin rahsia beberapa bulan sebelum itu dan dia meninggalkan isterinya di pangsapuri yang disewa di Delhi.

Dia merancang memberitahu ibunya tentang perkahwinan itu namun pandemik Covid-19 ini menjejaskan rancangannya.

Dia terpaksa membawa isterinya Savita keluar dari pangsapuri itu selepas dipaksa pemilik berikutan penularan pandemik Covid-19.

Pasangan itu juga tidak dapat membuat sijil kahwin mereka pada waktu PKP kerana kekurangan saksi.

Dalam pada itu, apabila ibu Guddu masih tidak mahu mereka tinggal di rumahnya, polis terpaksa campur tangan.

Pemilik pangsapuri Savita diminta membenarkan pasangan itu tinggal di pangsapuri terbabit, sementara mereka mencari tempat tinggal lain atau sehingga ibu Guddu mengubah fikirannya.