Saturday, May 21, 2022

Biodata Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu

Secara Rawak

Dr Luqman Bin Haji Abdullah (Pengerusi Madrasah Ar Rahmaniah Pondok Lubok Tapah)

Biodata:

Dr Luqman bin Haji Abdullah dilahirkan pada 12 September 1969 di kampung pondok lubok tapah, pasir mas, Kelantan.

Pendidikan formal beliau ialah di sekolah kebangsaan lemal, pasir mas (1976-1980), sekolah menengah ugama (Arabiah), pasir mas 1981-1986), pra akademi islam universiti Malaya nilam puri (1987-1989) dan peringkat sarjana muda di fakulti syariah, akademi islam universiti Malaya (1989-1993). Pernah mengikuti pengajian undang undang perbandingan di UIA (1994-1995).

Di samping itu beliau juga mengikuti pengajian tidak formal secara tradisional di pondok lubok tapah di bawah bimbingan ayahanda beliau sendiri Al Marhum Tuan Guru Haji Abdullah dari peringkat bawah sehinggalah peringkat tinggi dalam bidang bidang seperti nahu, saraf, fiqh, usuluddin, tafsir, hadis, mantiq dan balaghah.

Pernah berada di united Kingdom selama 4 tahun untuk pengajian peringkat PhD dan telah memperolehi ijazah doktor falsafah (PhD) dari universiti of Edinburgh, Scotland pada tahun 2005 dalam bidang undang undang harta islam.

Beliau juga aktif dalam pembentangan kertas kerja dalam forum, seminar dan konferens sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di dalam dan di luar negara dalam bidang wakaf, zakat, usul fiqh dan pengajian tradisional dan telah menghasilkan beberapa penulisan ilmiah dalam jurnal jurnal dan prosiding prosiding di dalam dan luar negara.

Walaupun masih bertugas di universiti Malaya kuala lumpur, beliau bersama adinda beliau Ustaz Hamdan meneruskan amanah Al Marhum Ayahandanya yang dikasihi untuk tanggungjawab kepimpinan pondok lubuk tapah selepas pemergiannya.

Antara sumbangan beliau selepas mengambil alih kepimpinan ialah beliau bersama dengan bonda beliau Hajjah Kamariah (ummi) dan Ustaz Hamdan sebagai pemenang amanah telah menubuhkan Akademi Tuan Guru Haji Abdullah Sdn Bhd, sebuah syarikat kebajikan sebagai entiti mencari dana untuk pondok dengan bantuan rakan korporat di samping memperkemaskan pentadbiran pondok demi memastikan kelangsungan pondok yang di anggap antara pondok tertua di Kelantan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru