BEIJING: Suruhanjaya Kesihatan Nasional China mengeluarkan garis panduan menasihati doktor berkaitan rawatan pesakit covid-19.

Doktor mendedahkan beberapa pesakit Covid-19 yang pulih, pesakit tidak pulih setakat itu sahaja.

Laporan menyebut, pesakit yang sembuh Covid-19 masih memerlukan rawatan bagi masalah kerosakan paru-paru dan jantung.

Ini termasuklah masalah pergerakan dan beberapa kes gangguan ke atas psikologi mangsa seperti kemurungan, insomnia, gangguan makan dan pelbagai masalah mental serta neurologi.

Mengutip Dailystar, laporan menyebut kebanyakan pesakit Covid-19 mengalami gejala ringan, sembuh dengan kesan sampingan jangka panjang yang minimum.

Namun, bagi pesakit kritikal, pesakit boleh mengalami kerosakan organ dan komplikasi lain yang lebih serius.

Kerosakan organ dialami adalah seperti gangguan pada jantung, selain timbul masalah berkaitan untuk tempoh jangka panjang.