OREGON: Baru-baru ini Restoran Wendy mengumumkan memberi nuget percuma kepada orang ramai bagi membantu mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Promosi dinamakan “GroupNug” dan nuget ini diberikan pada tarikh tertentu kepada pelanggan yang membeli produk mereka menggunakan pandu lalu.

Setiap pelanggan dihadkan satu paket nuget percuma, namun ia ini tidak menghalang pengguna Twitter bernama “Skweezy Jibbs.”

Dia dikatakan memandu ke 11 restoran Wendy di lokasi berbeza di kawasan Portland dan Vancouver untuk mengutip nuget percuma itu.

Bagi memastikan perjalanannya berbaloi, dia pergi ke setiap restoran dua kali sehari.

Lelaki itu kemudiannya memuat naik hasilnya dengan foto dirinya bersama nuget yang diperolehnya sambil mengatakan dia dan keluarganya kini dapat menikmati makanan itu seminggu.