SARATOK: Hari ini 15 Mei bersamaan dengan 22 Ramadan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB secara keseluruhan memasuki hari yang ke- 59.

Tinjauan yang dilakukan di sekitar pekan Saratok hari ini menyaksikan pekan yang lebih sebulan lalu agak lengang sejak pelaksanaan PKP kini kembali ‘hidup’ dan sibuk selepas PKPB yang dikuatkuasa kerajaan memberi kelonggaran untuk sektor ekonomi kembali dibuka semula namun perlu menitik beratkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan langkah-langkah pencegahan Covid-19.

Banyaknya premis perniagaan mula dibuka maka ia mengudang kehadiran orang ramai bagi mengunjungi kawasan pekan di sini.

Kawasan yang menjadi tumpuan ialah premis bank, kawasan pasar am, pasar tamu dan pasar basah.

Pematuhan kepada PKPB dilihat dilaksana bagi pasaraya, serbaneka, jualan runcit, restoran, stesen minyak,pasar am  dan pasar tamu.

Begitupun ada di sesetengah tempat orang ramai seperti mengambil ringan pematuhan penjarakan sosial dan diharapkan perkara berkenaan perlu diberi perhatian demi kebaikan semua dan bagi membendung berlakunya penularan wabak Covid-19.