KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mengumumkan pelantikan YB. Dato’ Haji Jalaluddin bin Haji Alias sebagai Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA) berkuat kuasa semalam (13 Mei 2020).

Dato’ Haji Jalaluddin bin Haji Alias merupakan Ahli Parliman Jelebu merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia dan Ketua UMNO Bahagian  Jelebu.  Sebelum itu beliau pernah menjawat jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (Pengerusi Bertindak Kesejahteraan Bandar Perumahan Dan Kerajaan Tempatan).

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan pernah bertugas serta mempunyai pengalaman bekerja  sebagai Pegawai Khas Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah/Jempol dan Jelebu pada 1990 hingga 1991.

Kami mengalu-alukan pelantikan Pengerusi baharu UDA dalam barisan kepimpinan syarikat dan berharap beliau akan dapat menyuntik semangat dan menjadi aspirasi untuk UDA terus mencapai kecemerlangan serta bersedia menggalas setiap amanah yang diberikan.

UDA Holdings Berhad (UDA), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), merupakan salah satu organisasi pemaju hartanah, pengurusan aset, fasiliti, dan hospitaliti yang mampan serta berdaya saing di negara ini.

Aktiviti utama syarikat termasuk pembangunan tanah, pengurusan aset dan fasiliti, kompleks beli-belah serta industri hospitaliti. UDA telah bertapak kukuh dalam membentuk dan memodenkan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor Bahru sejak tahun 1971.

Untuk maklumat lanjut mengenai UDA, sila layari laman sesawang kami di uda.com.my atau laman Facebook facebook.com/UDAHoldings dan Instagram @uda_official.