JAKARTA:  Kesemua enam wilayah di Pulau Jawa kini menjadi zon merah dari segi jangkitan Covid-19.

Pulau berpenduduk 151 jiwa, dan hanya merupakan 7 peratus daripada keluasan negara pulau itu, menjadi pusat penyebaran Covid-19 yang kini telah menyaksikan lebih 1,000 ke kematian.

Menurut Jakarta Post, Jakarta  dengan 12 juta jiwa mencatatkan 5,554 kes dan 449 kematian sehingga Rabu.

Ini diikuti Jawa Timur yang merekodkan 1,772 kes dan 163 kematian, Jawa Barat sebanyak 1,556 kes dan 98 kes kematian.

“Jawa Tengah pula menyaksikan    1,023  kes dan 57 kematian manakala Yogyakarta 181 kes dan tujuh kematian,” katanya.

Secara keseluruhannya, pulau utama yang padat penduduk itu, dan menjadi pusat pentadbiran, politik dan perindustrian itu menyaksikan 10,666 kes atau 69 peratus daripada jumlah keseluruhan dijangkiti di negara itu.

Dari segi kematian, pulau itu mencatatkan 81 peratus daripada 1,028 kes kematian.

Bagaimanapun,  kata Jakarta Post lagi, jumlah pesakit yang sembuh di Jawa ialah 1,991 kes, iaitu 60 peratus daripada 3,287 kes yang sembuh di negara itu.