Jumlah kes dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia kini ialah 4,427,572.

Jumlah kematian hampir mencecah 300,000 apabila kini sudah tercatat 298,061 setakat awal pagi ini. Angka korban dalam tempoh 24 jam lalu adalah lebih daripada 5,000.

Manakala jumlah yang sudah sembuh menurut Worldometers ialah 1,657,802 orang.

Amerika Syarikat terus mencatatikan jumlah kematian tertinggi dengan 85,197 kes.

Ini disusuli oleh United Kingdom dengan 33,186 kes. Berada di tangga ketiga ialah Itali dengan 31,106 kematian.

Selepas Itali ialah Sepanyol dengan 27,104 kematian dan disusuli oleh Perancis dengan 27,074 kes kematian.

Brazil satu-satunya negara yang berada dalam lingkungan belasan ribu kematian dengan 13,158 kematian.