JAKARTA: Pelbagai langkah diambil oleh pelbagai negara di dunia untuk menyekat penularan Covid-19.

Ada yang menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan, pembatasan sosial, penguncian atau perintah darurat.

Bagi yang melanggar pula, ada yang dipukul, dikenakan denda atau disumbat di dalam penjara.

Lain pula kisahnya di Jakarta.

Rakyat Indonesia yang melanggar peraturan penjarakan sosial di ibu kota Jakarta yang mempunyai 12 juta jiwa tidak lama lagi mungkin berdepan dengan hukuman membasuh tandas.

Indonesia telah menyaksikan lebih daripada 1,000 orang maut kerana virus berkenaan.