KUCHING: Pasukan penguat kuasa akan memantau dan membantu bagi melicinkan pelaksanaan garis panduan sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi di negeri ini.

Ini menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) adalah bagi memastikan sektor-sektor berkenaan mengamalkan garis panduan yang telah diberik untuk menentukan keseimbangan antara aktiviti ekonomi dengan kesihatan.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, waktu operasi bagi semua sektor ekonomi yang dibenarkan di Sarawak adalah dari jam 7 pagi hingga 10 malam.

Beliau menjelaskan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat JPBN Sarawak semalam.

“Waktu operasi ini bergantung kepada perniagaan tertentu, misalnay premis menjual bahan binaan dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang,” jelasnya semalam.

PKPB telah dilanjutkan sehingga 9 Jun depan sebagai langkah memutuskan rantaian penyebaran Covid-19.

Berdasarkan pemerhatian di sini semalam, orang ramai yang menjalankan urusan beli-belah mengamalkan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka.