TOKYO: Dua mayat, seorang lelaki dan seorang wanita yang tanpa seurat benang ditemukan di hotel cinta di Hachioji di sini pada Sabtu lalu yang polis percaya ialah kes bunuh diri.

Hotel cinta merujuk kepada hotel yang disewa untuk waktu singkat bagi tujuan membelai kasih atau mengadakan jalinan asmara.

Dikatakan terdapat 10,000 hotel sedemikian di  negara 126.5 juta jiwa itu.

Menurut polis, mayat lelaki dalam lingkungan 50-an dan wanita dalam lingkungan 30-an, ditemukan sekitar 7.30 malam, menurut Fuji TV yang dipetik Japan Today.

Nama mereka belum lagi didedahkan.

Kedua-duanya punya luka di badan dan pisau berdarah turut ditemukan di dalam kamar hotel berkenaan.

Polis berkata pasangan itu mendaftar masuk di hotel itu pada Sabtu.

“Apabila mereka tidak mendaftar keluar, pekerja hotel menggunakan kunci utama untuk memasuki kamar berkenaan dan mendapati mayat kedua-duanya berada di atas katil,” kata Japan Today.

Hotel  itu terletak sekitar 400 meter di stesen JR Hachioji.