JAKARTA: Mengapakah lebih banyak lelaki berbanding wanita menjadi korban Covid-19?

Sebuah  kajian mendapati bahawa lelaki lebih berisiko dijangkiti virus Covid-19  kerana darah lelaki mengandung lebih banyak enzim yang digunakan virus untuk menginfeksi sel.

Enzim tersebut ialah Angiotensin-converting enzyme 2 (ACE2) yang ditemukan di jantung, ginjal dan organ-organ lain.

Pada covid-19, dipercayai enzim itu yang berperanan dalam berkembangnya jangkitan virus di paru-paru.

Pandemi covid-19 telah menjangkiti lebih daripada 4 juta orang di seluruh dunia dan membunuh lebih daripada 287,000 orang.

Kematian dan jumlah korban infeksi menunjukkan bahawa lelaki lebih mungkin terkena penyakit dan menderita komplikasi parah atau kritis daripada perempuan.

Kajian itu mengukur konsentrasi ACE2 dalam sampel darah yang diambil dari lebih 3,500 pesakit gagal jantung di 11 negara Eropah.

“Ketika kami menemukan bahawa salah satu biomarker terkuat, ACE2, jauh lebih tinggi pada pria daripada wanita, saya menyadari bahwa ini memiliki potensi untuk menjelaskan mengapa pria lebih mungkin meninggal akibat COVID-19 daripada wanita,” kata Iziah Sama, seorang dokter di UMC Groningen yang ikut memimpin penelitian, dipetik Times Now News, Selasa menurut Republika.